Khamis, 25 Disember 2008

Biodata Imam As-Syafie'

ASY-SYAFI'E
RAHIMAHULLAH

Namanya :Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Utsman bin Syafi'e bin Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muttalib bin Abdi Manaf. Beliau bertemu nasabnya dengan Rasulullah S.A.W pada Abdil Manaf. Beliau bergelar Nashirul hadits(pembela hadits) kerana kegigihannya dalam membela hadits dan komitmennya untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Imam Al-Baihaqi menyebutkan; "Imam Asy-syafi'e di lahirkan di Kota Ghazzah,kemudian dibawa ke Asqalan,dan dibawa ke Makkah.

Ibnu Hajar menambahkan lagi dengan mengatakan Imam Asy-Syafi'e di lahirkan di sebuah tempat Ghazzah di kota Asqalan. Ketika berusia dua tahun ibunya membawanya ke Hijaz dan hidup bersama dengan orang-orang keturunan Yaman kerana ibunya dari suku Azdiyah.Diusia 10 tahun beliau dibawa ke Makkah kerana khawatir nasabnya yang mulia akan lenyap.

Perjalanan beliau menuntut ilmu dalam usia 7 tahun Imam Asy-Syafi'e selesai menghafal Al-quran dan usia 10 tahun beliau menghafal Al-muwattha' karya Imam Malik,usia 15 tahun dengan izin gurunya yang bernama Muslim bin Az-Zanji untuk berfatwa. Beliau juga banyak menghafal syair-syair Hudzail. Setelah itu beliau pergi ke Madinah untuk belajar fiqh dari Imam Malik bin Anas hingga Imam Malik wafat pada tahun 179H, selepas itu beliau belajar dari Sufyan bin U'yainah. Dari hasil menggadaikan rumahnya berharga 16 dinar Imam Syafi'e pergi ke Yaman. Kerana ketidakmampuannya beliau bekerja sambil belajar dari Ulama'-ulama' di sana di antaranya Ibnu Abi Yahya dan lainnya.

Ketika pemerintahan khalifah Harun Al-Rasyid terjadi fitnah 'Alawiyyin yang mengakibatkan seluruh 'Alawwiyyin di usir dari Yaman termasuk Imam Syafi'e, beliau bersama dengan rombongan 'Alawiyyin dibawa ke Iraq dengan di ikat sambil di siksa. Selepas keluar dari penjara beliau belajar dari para ulama'-ulama' di sana seperti Imam Muhamamad bin Al-Hasan.

Ketika pemerintahan Al-makmun yang dikuasai oleh para ulama' ahli kalam dan merebak banyak bid'ah, beliau pergi ke Mesir dan beliau membuka halaqah di masjid Amr bin Al-'Ash. Selain itu beliau juga bertemu dengan Imam Ahmad bin Hambal dan saling mengambil ilmu diantara keduanya.Wafatnya Imam Asy-Syafi'e pada akhir bulan Rejab tahun 204H dan dimakamkan di mesir. Wallahu A''lam.

Tiada ulasan: