Sabtu, 27 Disember 2008

Coretan Jiwa Lara

Walaupun esok ada mentari
Apakah secerah hari ini
Harap begitulah dan moga mudahlah
Perjalanan hidupku

Berat benar langkah
Rela dalam pasrah
Yang aku harap harapkan
Tak kesampaian

Ku tinggalkan semalam yang indah
Sememangnya itu tak kuduga
Lamanya berkasih indahnya berjanji
Sanggup sehidup semati

Ucapan semalam kini berlainan
Kau yang dulu kukenali menjadi duri

Tergamaknya hatimu sayang
Menciptakan luka pada aku yang setia
Dahulu kau bisik kalimah
Walau apa terjadi kasih tak berubah

Mungkin tika itu aku berharta
Cahaya cintamu bersinar rekaan cuma

Mengertilah ku kini kasih sayang sekarang
Semuanya memandang kebendaan
Andainya kedaifaan dan rupa pun lah kurang
Tiada siapa sudi memandang walau sebelah mata

Begitulah aku ini kau umpamakan
Di kaca matamu aku mengisahkan
Tergamaknya...
Tergamak

Khamis, 25 Disember 2008

Biodata Imam As-Syafie'

ASY-SYAFI'E
RAHIMAHULLAH

Namanya :Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Utsman bin Syafi'e bin Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muttalib bin Abdi Manaf. Beliau bertemu nasabnya dengan Rasulullah S.A.W pada Abdil Manaf. Beliau bergelar Nashirul hadits(pembela hadits) kerana kegigihannya dalam membela hadits dan komitmennya untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Imam Al-Baihaqi menyebutkan; "Imam Asy-syafi'e di lahirkan di Kota Ghazzah,kemudian dibawa ke Asqalan,dan dibawa ke Makkah.

Ibnu Hajar menambahkan lagi dengan mengatakan Imam Asy-Syafi'e di lahirkan di sebuah tempat Ghazzah di kota Asqalan. Ketika berusia dua tahun ibunya membawanya ke Hijaz dan hidup bersama dengan orang-orang keturunan Yaman kerana ibunya dari suku Azdiyah.Diusia 10 tahun beliau dibawa ke Makkah kerana khawatir nasabnya yang mulia akan lenyap.

Perjalanan beliau menuntut ilmu dalam usia 7 tahun Imam Asy-Syafi'e selesai menghafal Al-quran dan usia 10 tahun beliau menghafal Al-muwattha' karya Imam Malik,usia 15 tahun dengan izin gurunya yang bernama Muslim bin Az-Zanji untuk berfatwa. Beliau juga banyak menghafal syair-syair Hudzail. Setelah itu beliau pergi ke Madinah untuk belajar fiqh dari Imam Malik bin Anas hingga Imam Malik wafat pada tahun 179H, selepas itu beliau belajar dari Sufyan bin U'yainah. Dari hasil menggadaikan rumahnya berharga 16 dinar Imam Syafi'e pergi ke Yaman. Kerana ketidakmampuannya beliau bekerja sambil belajar dari Ulama'-ulama' di sana di antaranya Ibnu Abi Yahya dan lainnya.

Ketika pemerintahan khalifah Harun Al-Rasyid terjadi fitnah 'Alawiyyin yang mengakibatkan seluruh 'Alawwiyyin di usir dari Yaman termasuk Imam Syafi'e, beliau bersama dengan rombongan 'Alawiyyin dibawa ke Iraq dengan di ikat sambil di siksa. Selepas keluar dari penjara beliau belajar dari para ulama'-ulama' di sana seperti Imam Muhamamad bin Al-Hasan.

Ketika pemerintahan Al-makmun yang dikuasai oleh para ulama' ahli kalam dan merebak banyak bid'ah, beliau pergi ke Mesir dan beliau membuka halaqah di masjid Amr bin Al-'Ash. Selain itu beliau juga bertemu dengan Imam Ahmad bin Hambal dan saling mengambil ilmu diantara keduanya.Wafatnya Imam Asy-Syafi'e pada akhir bulan Rejab tahun 204H dan dimakamkan di mesir. Wallahu A''lam.

TANDA-TANDA KERASUKAN MAKHLUK HALUS

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1.
Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat
tidur sudah lama bersusah payah.
2.
Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3.
Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang
menakutkan serta ingin memekik untuk meminta
pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4.
Mimpi yang sangat menyeramkan.
5.
Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti
melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau
tikus.
6.
Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7.
Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8.
Berperasaan sedih pada saat tidur.
9.
Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10.
Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11.
Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat
pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
12.
Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat
tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13.
Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA


1.
Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh
penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak
atau perut.
2.
Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3.
Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang
tersumbat.
4.
Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan
doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN


1.
Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh
badan seperti orang yang mengalami berbagai macam
saraf yang tersumbat.
2.
Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin
mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti
tangan, kaki atau lidah.
3.
Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalamtubuh seseorang sehingga memakan waktu yang
sangat lama.
4.
Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik
seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN
:

1.
Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orangperempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta
kepada orang lelaki.
2.
Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti
menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu
barang dari tempat yang tinggi.
3.
Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada
manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang
berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat
menganggu manusia kecuali manusia itu dalam
keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai danMempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA


Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah
dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini
sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkalamanusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak.
Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama'yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau
pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau
makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja
menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan
air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak
mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh,

ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan
cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita
jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalahmerupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT.
Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut
dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah
perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perludijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri
mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus
kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebuttidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga
tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di
rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau
bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuktinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka,
mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang
bukan menjadi tempat tinggal manusia.

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusiamemiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke
dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jindiciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah :
Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-
Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung
nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan
udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsungmenuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi
bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para
doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang
yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak
yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya.
Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang
cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu
memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

Selasa, 23 Disember 2008

Konsep Hidup Islam


Ciri utama dari Din Al-Islam ialah ia tidak membenarkan sesuatu pertentangan, juga pemisahan yang ketara antara kehidupan kerohanian dan kehidupan dunia. Islam tidak sekadar membataskan dirinya untuk membina ketinggian kerohanian dan akhlaq semata-mata. Ruang lingkup peraturan yang dikemukakannya mencakupi segenap bidang kehidupan insan. la hendak melahirkan bukan sahaja ketertiban hidup diri perseorangan malah ketertiban hidup masyarakat manusia seluruhnya ke dalam pola-pola yang sihat dan bersih sehingga Kerajaan Allah dibangunkan dalam bentuk kenyataan di atas muka ini. Dengan demikian keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran akan memenuhi segenap pelusuk muka bumi dan saujana samudera.

Cara hidup Islam didasarkan atas satu pendekatan yang unik kemas serta mantap dan ia merupakan konsep istimewa tentang kedudukan insan dalam alam semesta ini. Itulah sebabnya mengapa perlunya kita memahami terlebih dahulu Tasawwur lslami (konsepsi hidup menurut ajaran Islam) sebelum kita menangani atau membincangkan persoalan ini, masyarakat, politik dan ekonomi dari kacamata Islam.

Selasa, 9 Disember 2008

Khutbah terakhir Rasulullah pesanan sepanjang zaman

Oleh tok nadoq

KHUTBAH Hujjatul Wada adalah khutbah terakhir Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah.

Seumur hidup, Rasulullah SAW hanya melakukan ibadat haji sekali. Ketika itu, berpuluh ribu rombongan haji dari negara seperti Iraq dan Kuwait turut hadir melaksanakan haji bersama Baginda.

Khutbah Hujjatul Wada penting kerana di dalamnya terkandung mesej yang perlu difahami, diingati dan diikuti umat Islam walaupun selepas Rasulullah SAW wafat. Jika diamati, hampir semua mesej disampaikan Baginda menyentuh hubungan sesama manusia.


Baginda SAW ketika itu sudah mengetahui umurnya tidak panjang dan perlu mengingatkan umat Islam kesimpulan bagi apa yang disampai dan diajarkan kepada ummah sepanjang hidup Baginda.


Antara mesej Rasulullah SAW ialah hak asasi manusia iaitu kesucian darah manusia yang tidak patut ditumpahkan ke muka bumi dengan sia-sia. Semua insan harus bersama menjaga kesucian itu.

Dalam khutbah itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati seperti kehormatan hari kamu ini (hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah).”

Rasulullah SAW turut menyebut mengenai penjagaan harta. Ini adalah mesej kedua terkandung dalam khutbah yang turut menekankan kesucian harta milik seseorang sepatutnya tidak diganggu atau diambil individu lain tanpa persetujuan pemiliknya.


Baginda menambah: “Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan).”

Di sini dapat kita lihat amalan riba ditolak sama sekali dalam Islam kerana menindas peminjam dengan mengenakan bayaran kembali dalam jumlah melebihi modal dipinjamkan. Ini menzalimi si peminjam yang kemungkinan besar masih kesempitan wang.

Sistem perbankan dunia kini yang berlandaskan riba juga menyebabkan krisis ekonomi yang menekan negara miskin terutama Negara Dunia Ketiga. Oleh itu, sesiapa yang mengamalkan riba ibarat memerangi Allah yang dosanya adalah besar di sisi Allah.

Dalam khutbah Hujjatul Wada, Rasulullah SAW juga menyebut hak wanita dalam hubungan suami isteri dan masyarakat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”

Wanita berhak ke atas suaminya untuk menerima nafkah zahir dan batin termasuk tempat berlindung, pakaian dan hubungan intim suami isteri. Wanita juga tidak boleh dijadikan hamba dan ditindas dalam institusi kemasyarakatan.

Baginda SAW menyambung lagi: “Jika mereka melakukannya (kejahatan atau kemungkaran), Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan tidak keras. Jika mereka berhenti daripada perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperoleh apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.”

Seterusnya Baginda SAW berpesan supaya berpegang kepada dua sumber utama Islam iaitu kitab al-Quran dan sunnah kerana tidak akan menyesatkan dan tidak hilang sehingga kiamat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud; “Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku sudah menyampaikan. Aku tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas, jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, (yakni) kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.”

Akhirnya Rasulullah SAW berpesan semua umat Islam itu bersaudara dan mesti saling mengingati dengan melakukan dakwah, seruan penting bagi sentiasa mengingatkan umat Islam supaya kekal di jalan lurus dan tidak terpengaruh dengan amalan hidup kekafiran.

Baginda SAW bersabda pada hujung pesanan dalam khutbah itu yang bermaksud: “Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara (bertanggungjawab) kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara.”

Pada akhir katanya, Baginda SAW bertanya kepada jemaah haji yang mendengar khutbah itu sama ada Baginda sudah menyampaikan apa yang patut disampaikan sebagai Rasul kepada umatnya. Semua hadirin mengiyakan Baginda sudah melunaskan tanggungjawabnya. Baginda SAW menunjuk ke langit seraya meminta Allah menyaksikan peristiwa itu. Tiga kali Baginda bertanya begitu dan mendapat jawapan yang sama daripada jemaah serta bersaksi dengan menunjukkan jarinya ke langit.

Tamatnya khutbah Hujjatul Wada itu, cuma Abu Bakar yang menitiskan air mata kerana beliau memahami kesimpulan khutbah itu ialah Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya dan terpulang kepada kita sebagai pengikutnya untuk mengingati pesanan itu tanpa Baginda yang dikasihi berada di sisi. Persoalannya adakah masyarakat kita hari ini masih mengingati dan mematuhi amanah Baginda kepada kita?